Gerakan 100,000 Peminjam Berhenti Bayar PTPTN Dilancarkan
Peminjam akan mula menghentikan pembayaran kepada PTPTN bermula pada hari ini setelah PTPTN gagal menunaikan tuntutan para peminjam. Kempen ini akan diperluaskan lagi dengan sasaran 100,000 peminjam untuk berhenti membayar PTPTN menjelang 1 Julai 2012.
1. PTPTN diberi tempoh sehingga 29/2/2012 untuk hapuskan kos pentadbiran.
2. Jika tidak peminjam PTPTN akan mula hentikan pembayaran kepada PTPTN.
3. Kos pentadbiran terlalu membebankan. Jumlah pinjaman tidak berkurangan. Bayar pinjaman tetapi seperti tidak membayar.
4. Jadi, mengapa perlu membazirkan wang.
5. Peminjam akan sambung semula pembayaran kepada PTPTN sebaik sahaja kos pentadbiran dihapuskan.
Sumber :
Tranungkite