Blogger Widgets

Trailer BERSIH 3.0

Latest Post

BYE! Jerman     EXCO kelantan tanding parlimen PRU 13     7 Perang Aneh Dalam Sejarah

BYE! German


Apabila Greece dibantu dengan pelan penyelamat kedua, antara respons awal ialah langkah itu belum pasti menyelamatkan negara itu, dan bahkan zon euro yang bergelut dengan krisis hutang. Orang ramai tidak perlu menunggu lama untuk melihat krisis yang berpanjangan itu terus melanda zon euro kerana tiba pula giliran Sepanyol, manakala Greece menghadapi kadar pengangguran terbaharu yang tinggi, iaitu 21.8 peratus dan kos peminjaman Italy meningkat tinggi.

Memburukkan lagi keadaan, Sepanyol dan Italy, dilaporkan bertelagah, saling menuding jari berhubung dengan fasa terbaharu dalam krisis zon euro. Hartawan George Soros yang kerap kali mengemukakan pandangan dan menulis tentang krisis euro itu, di samping mencadangkan Jerman bertindak sebagai penyelamat, dalam komen terbaharunya menyatakan krisis zon itu semakin teruk.
Sementara Organisasi Perdagangan Antarabangsa (WTO) mengingatkan krisis tersebut menjejaskan perdagangan global. Bank Pembangunan Asia (ADB) pula memaklumkan bahawa krisis itu kini dirasai di Asia.

Tatkala Greece dilanda krisis hutang dan terpaksa mengemis pelan penyelamat kedua daripada troika - Kesatuan Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan Bank Pusat Eropah (ECB), ada yang mencadangkan negara itu meninggalkan zon mata bersama itu. Namun banyak negara di zon itu, termasuk Jerman yang dianggap "poket dalam," tetapi terhegeh-hegeh, mahu Greece kekal dalam zon euro. Namun, strategi euro Canselor Angela Merkel, seperti yang diperhatikan, tidak menjadi.

Ketika persoalan, sama ada Greece meninggalkan zon euro ataupun tidak, masih belum reda, Michael Sivy yang menulis dalam Time mencadangkan Jerman yang dianggap sebagai tonggak sepatutnya meninggalkan zon itu. Walaupun Greece dilihat membawa masalah kepada zon euro, tegas Sivy, masalah sebenar zon euro dapat diselesaikan jika Jerman meninggalkannya, disertai, mungkin oleh beberapa buah negara kaya lain.

Memang Jerman pernah menyediakan rancangan untuk Greece meninggalkan zon euro. Hujah negara lemah meninggalkan zon itu, seperti yang dipetik oleh Sivy, adalah bahawa negara itu mampu mengelakkan daripada dasar jimat-cermat yang dikenakan oleh Jerman. Apabila negara tersebut meninggalkan zon itu, mata wang nasional baru negara itu akan susut nilai dengana cepat, menjadikan ekonomi mereka lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa kerana eksport mereka lebih murah untuk orang asing membeli.

Namun, tegas Sivy, dari segi realiti, masalah paling besar dihadapi oleh negara Eropah yang menghadapi masalah kewangan bukannya hutang, tetapi kos buruh yang tinggi. Kredit mudah yang dinikmati sepanjang dekad lalu membolehkan kos buruh meningkat dengan pantas di sesetengah negara, yang kurang mampu untuk mengeksport barang mereka atau bersaing untuk dengan import murah.

"Antara tahun 2000 hingga 2007," bahas Sivy, "kos burang yang tinggi mengurangkan daya saing sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus di Italy dan Sepanyol. Dan bahkan, dengan semua dasar jimat-cermat sejak tahun 2008, Sepanyol dan Italy mampu meningkatkan daya saing mereka hanya pada titik peratusan yang rendah. Negara berkenaan tidak akan mampu bersaing dari segi ekonomi hingga mereka dapat menurunkan kos buruh dengan ketara. Dan, sangat sukar dari segi politik untuk memperoleh persetujuan para pekerja untuk menerima potongan upah antara 10 hingga 20 peratus."

Memetik Roger Bootle yang menulis dalam The Telegraph bahawa Jerman sepatutnya meninggalkan euro, Sivy menegaskan bahawa euro menjadi mata wang yang jatuh dari segi nilai, berbanding dengan mata wang nasional baru Jerman dan juga dengan dolar. Negara Eropah yang lemah akan terus memegang euro, tetapi masih memperoleh penurunan nilai yang mereka perlukan, yang akan mengurangkan kos buruh mereka jauh daripada menyeksakan berbanding dengan melalui pemotongan upah.

Sebagai tambahan, jelas Sivy, "nilai hutang belum bayar mereka akan merosot bersama-sama dengan nilai euro, dan mereka lebih berkemungkinan mampu membayar hutang dan mengelakkan kemungkiran." Tegas beliau lagi, "ringkasnya, ini bukan mengenai wang, tetapi mengenai kestabilan. Dan, kali ini, mungkin lebih mudah untuk mengekalkan orde tanpa bantuan Jerman."


EXCO KELANTAN TANDING PARLIMEN PRU 13?

Beberapa orang Exco kerajaan negeri Kelantan di katakan akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU 13 nanti. Jika benar demikian maka sudah tentu kerajaan negeri Kelantan (jika PAS menang) akan mempunyai 'line up' baru. Mungkin juga pemimpin pelapis yang bersedia untuk menggantikan pemimpin yang ada pada bila-bila masa.

Exco-exco seperti Dato Husam dan Dato Nik Amar pernah menjadi Ahli Parlimen di mana Husam menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Nik Amar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Itu tidak menjadi soal kerana kedua-duanya memang layak untuk menjadi Exco atau Ahli Parlimen.

Ada ura-ura menyatakan beberapa Exco diperlukan untuk memantapkan PAS di parlimen kerana di negeri sudah ramai pemimpin berkaliber. Namun begitu sebahagian mereka juga perlu kekal untuk menjadi pemimpin pelapis di negeri.

Jika Husam dan Nik Amar di bawa ke pusat maka sudah tentu Kelantan mempunyai pemimpin lain untuk menjadi pengganti Menteri Besar. Jika salah seorang dari mereka di bawa ke pusat maka orang yang dibawa ke pusat mungkin tidak menjadi pelapis untuk menjadi menggantikan Menteri Besar.

Namun bagi kita apa juga percaturan PAS Pusat dan PAS Kelantan adalah yang terbaik dan mereka mempunyai strategi sendiri untuk masa hadapan

Sumber : mutaligat

Bila Ku Li bersuara


KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan.

Bekas veteran Umno Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong Umno, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang.

Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Tengku Razaleigh menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut.

Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang. Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan Umno memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan.

Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco Umno Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha dilakukan Bersih 3.0.

“Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak menyokong Bersih 3.0,” ujarnya.

Harakahdaily

Woman gives birth to bizarre monkey like baby



Jika tidak bersedia jangan lihat video ini. Kisah benar ini terjadi di Turki dan amat mengemparkan.Seorang ibu di negara tersebut melahirkan seorang anak bayi manusia tetapi dengan susuk tubuh yang lebih mirip seekor kera.Entah bagaimana ianya boleh terjadi,masih lagi menjadi tanda tanya. Mata dan wajahnya tidak seperti manusia, tapi tubuhnya kelihatan sedikit manusia.Simpati dengan perkara ini, tapi itulah faktanya. Mungkin disebabkan kerosakkan genetik sehingga perubahan drastik terjadi, saksikan sendiri video, berita dan rumusan dari para pakar-pakar perubatan mengenai hal ini.

Sumber : Nizar

7 Perang Aneh Dalam Sejarah

1 - The Anglo-Zanzibar War: perang paling singkat dalam sejarah, hanya 40 minit

Perang aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.

Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.

Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.

The Pig War2 - The Pig War: terjadi kerana menembak seekor babi
Pig War @ Perang Babi adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi. Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.

Perang Babi, dipanggil sedemikian kerana ia telah dicetuskan oleh menembak seekor babi, juga dipanggil Episod Babi, Perang Babi dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern. Babi adalah satu-satunya 'mangsa' perang, menjadikan konflik itu pada dasarnya tanpa pertumpahan darah.


335 Years War3 - 335 Years War: berlangsung selama 335 tahun tanpa ada korban
Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom). Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah. Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.

Moldovan-Transdniestrian War
4 - Moldovan-Transdniestrian War: dimana pegawai-pegawai kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari setelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat. Tetapi bahagian timur sungai Dniestr mahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia. Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama. Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.

5 - Emu War: bagaimana Australia kalah perang menentang burung Emu
Emu WarEmu War @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November 1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia. Burung-burung Emu itu telah bertindak balas kepada musim panas yang panjang, panas, yang menyebabkan kekurangan makanan dan air. Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal Australian Artillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askar bersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru. Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan. Burung-burung itu dengan mudah melarikan diri walaupun selepas ditembak oleh pusingan mesingan. Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith - komander Australia dalam 'Emu war' - hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu 'Emu War' berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.


The Football War6 - The Football War: bermula dengan sebuah permainan bolasepak Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bolasepak (La guerra del fútbol - dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zon Amerika Utara. Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras. Puncaknya, El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.

War of 18127 - War of 1812: disebabkan oleh kerosakan komunikasi telegraf
Juga dikenali sebagai Mr Madison's War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat. Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.Ketua Amerika Syarikat membuat aduan terhadap pihak British yang telah campur tangan dengan perkapalan. Tetapi New England, seksyen perkapalan besar Amerika Syarikat, dengan keras menentang idea berperang. Permintaan untuk perang datang terutamanya dari Barat dan Selatan.Di samping itu, perjanjian keamanan yang menghentikan perang tidak menyelesaikan isu-isu yang di mana ia telah kononnya berlaku. Akhir sekali, kedua-dua pihak mendakwa kemenangan dalam perang tahun 1812 itu, dan ia menjadi jelas bahawa seluruh perjuangan itu adalah percanggahan besar yang keliru.




Sumber : republicofmonggol.blogspot

Lagi Khianat!


Pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan sidang akhbar petang ini untuk mendedahkan maklumat lanjut mengenai Menteri Luar Anifah Aman, yang dituduh terlibat rasuah dalam konsesi pembalakan yang didedahkan Sarawak Report..Darell Leiking yang telah menjadi sebahagian daripada Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat peranan yang dimainkan oleh adik beradik Aman itu sejak 3 bulan yang lalu, juga akan menghadiri sidang akhbar pada petang ini.

To' Pa ludah langit

Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umno serta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan dan meluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu.

Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam' tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untuk menarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulah kalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukan tidak lagi menjadi.

Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agar terus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini - sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR.
Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno dan menyertai Pas di Kelantan waktu ini. Boleh dikatakan setiap minggu ada-ada sahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBN akan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama, maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadi pelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi.

Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu seperti angin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secara senyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolam kemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh.

Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica.

Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.


Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3.
Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.

Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1990 akan ranap kali ini.

Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.

Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira
300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabarnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen.

Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adek malahan berusaha untuk 'mencincangnya'.
"Parang sudah diasah sudah berkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan. Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitu nazak sekali.

Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakar bendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN.

Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas.

Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini juga berlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas.

Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini.

Greek drama as talk show host attacked





Menurut RT.com, hos TV Greece menjadi sasaran serangan telur dan dadih yang dilakukan oleh aktivis berhaluan kiri yang marah apabila program itu menemu bual ahli parti berfahaman neo-Nazi pada minggu sebelumnya.

Panagiotis Vourhas yang sedang menemu ramah seorang ahli politik tempatan pada hari Jumaat lalu diserang sekumpulan 17 penceroboh yang membaling telur dan dadih. Mereka yang menutup muka dengan sapu tangan memecah masuk ke studio seperti yang dilaporkan oleh AP, yang memetik Epiros saluran swasta TV1.

Video dari TV1 Epiros menunjukkan pengacara itu mengelak balingan dadih dan telur, manakala tetamunya bertindak meninggalkan set program.

Minggu lepas, Vourhas menjemput seorang jurucakap dari parti Golden Dawn ke program TV yang dikendalinya. Ahli parti politik itu dituduh melakukan jenayah keganasan dan kebencian terhadap pendatang haram, musuh-musuh politik, dan etnik minoriti di Greece. -DCM

Sumber : Dunia Carca Marba

Running police man Ep 1




Ketidakadilan akan dirasa golongan bawahan yang terkesan. Najib boleh hina lakonan Anwar meng-aduh sakit, boleh hina Mat Sabu pura-pura jatuh motor tetapi kesan bebanan golongan terkesan bukan skrip buatan. Tiada lakonan cuma persaan ikhlas untuk mengadu nasib terhimpit. Masih kamu ingat bapa merantai anaknya sewaktu pergi mencari rezeki, masih kamu ingat ibu tunggal menitik peluh menjaga anaknya, masih kamu ingat ibu miskin suami gila dengan anaknya sakit buah pinggang, masih kamu buat lupa dan hidup bermewah. Mungkin, tempat saya dan teman kurang terasa kerna masih di bangku pertolongan keluarga tidak kaya tapi masih seanang. Namun saya bukan teman yang 'jual ikan' a.k.a selfish.

Yes Najib, hear this....Sheldon in The Big Bang Theory Season 5 Episode 21 did mentioned "I've never said that you are not good at what you do, its just that what you do is not worth doing".....There lots of poor people out there. Yes I personally did try to help them. Do I succeed? Depends. Do I succeed?I don't know. Do I succeed? Nope. Now I realize why the government must be changed. I do have several friends, whenever DSAI mentioned to hapus PTPTN, hapus TOL, reduce Petrol price, they said no need. They blame mahasiswa use PTPTN tu buy handphone, they blame users who suppose practice car pooling, they blame everyone. Yes the mistake is on them. They are not grateful for what BN had give them BUT is it worth to compare PTPTN student's handphone with Nadim Porche? 250 millions, 549 millions what else? You are their voters. If they can live their life hapily with that money why not US fools.

BN ------ BE END

Unggun Bersih:

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita – demokrasi luka;
lama duka kita – demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

- A. Samad Said

Ulama' la sangat


Mungkin ada kebenarannya dakwaan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari ini..“Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”

Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini dibidas berikutan kenyataannya dalam akhbar milik Umno-Utusan Malaysia-yang menggesa agar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertaubat.


Mohd Noor dalam kenyatan kepada Utusan Malaysia semalam meminta Nik Aziz bertaubat kerana mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibelenggu isu moral termasuk rakaman video seks.

Sambil menyifatkannya sebagai ‘sampah’, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan itu mencerminkan kedangkalan pemikiran Mohd Noor yang bertaraf ulama’.

Pemikiran Ulama Umno :

“Dalam isu video seks, perlu diingatkan bahawa di dalam Islam, tuduhan zina hendaklah dibuktikan di mahkamah melalui empat orang saksi yang adil.

“Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”

“Barangkali demikianlah taraf pemikiran seorang ‘ulama’ di dalam Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Noor yang juga Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat dalam laporan berita Utusan Malaysia berkata tindakan Nik Aziz jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Beliau juga dipetik akhbar itu menyarankan supaya Ulama PAS membuat mufarakah (berpisah dari imam) terhadap kepimpinan Nik Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam semata-mata melindungi kepentingan individu tertentu.

Mahkamah Syariah :

“Tuduhan terhadap lelaki melakukan zina samalah dengan menuduh wanita melakukan zina iaitu hendaklah didatangkan empat orang saksi yang adil.

“Apa yang lebih penting lagi, kenapakah isu ini tidak dibawa ke mahkamah Syariah dan diadili mengikut hukum Islam?

“Justeru, tindakan Nik Aziz mempertahankan Anwar tepat mengikut neraca Islam kerana beliau masih belum dibuktikan salah mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam,” tegas Ahmad Fadhli.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata orang yang perlu bertaubat adalah Mohd Noor sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memiliki ilmu kasyaf (sumber ilmu) sehingga tidak mahu bersalam dengan Nik Aziz kerana didakwanya menjadi tangan syaitan ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas.

“Jika Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas al-Arqam pernah ditahan ISA kerana mendakwa mampu beryaqazah (bertemu Rasulullah dalam keadaan jaga dan bukannya mimpi), saya kira dakwaan Mohd Noor Deris yang mempunyai kasyaf ini juga tidak kurang sesatnya.

“Pada saya, kenyataan Mohd Noor Deris ini hanyalah satu sampah sarap yang hanya layak dimuatkan di dalam tong sampah yang bernama Utusan Malaysia,” katanya.

BERSIH 3.0


Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu.

Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.

"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.

Empat kaedah tersebut adalah:

•Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;

•Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;

•Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan

•Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .

Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.

Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber : Malaysiakini

Global March to Jerusalem


This video https://vimeo.com/39514913 dedicated to Global March Jerusalem

30th March is Land Day يوم الأرض,, an annual commemoration of events on that date in 1976 as a response to the Government of Israel's announcement of its plan to expropriate thousands of dunams of Palestinian land, in the pretext of Israeli security and for settlement purposes. On that day in 1976 protests and marches took place in Arab towns from the Galilee to the Negev.

To commemorate that day in 2012 and to demonstrate solidarity with the Palestinian People, please wear a keffiyeh, (Palestinian scarf) on 30th March. ON or BEFORE that date, post a photo of yourself wearing the scarf, together with any comments. We want to show the Palestinians that we support them and their bid for justice and freedom from oppression and the illegal Israeli occupation.

Picture Source  : http://www.facebook.com/activists.palestine
Song Source     : Firdaus Dunia yang Lebih Indah

Konsert Anwar Ibrahim




Madu di tangan kananmu, PAKATAN!!
Racun di tangan kirimu, BN!!
Aku dah tahu mana satu pili....hanku



Anwar Ibrahim kini telah memasuki tahap ketiga dalam hayat politiknya. Tahap pertama bermula sebagai pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya. Sebagai presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM), beliau memperjuangkan perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Anwar mula meniupkan kesedaran Islam di kalangan generasi muda. Gerakan ini diteruskan dengan lebih meluas dengan menubuh dan memimpin selama sepuluh tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Meskipun tapak Anwar adalah Melayu-Islam namun sifat inklusif beliau telah kelihatan dalam kepimpinan beliau sebagai presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Anwar Ibrahim membuat keputusan decisive dalam tahun 1981. Desas desus adalah beliau akan menyertai Pas. Dan Presiden Pas ketika itu telah memberikan laluan. Semua pimpinan ABIM dan PKPIM tahu gosip tersebut. Dan hampir kesemua meramalkan dan tidak sedikit yang mahukan Anwar mengambil alih pucuk pimpinan Pas. Dan saya yang ketika itu baru menjadi pemberita di harian National Echo (mendiang) turut berpandangan begitu. Bos saya ketika itu, Datuk Sophie (bapa kepada Nordin Sophie), memberitahu saya bahawa Anwar akan menyertai UmMNO. “Saya tidak percaya,” jawab saya kepada Datuk Sophie. Anggapan saya ketika itu, sebagai anak muda baru keluar ITM, adalah setiap pemimpin muda yang idealis tidak akan menyertai kerajaan. Kalau menyertai kerajaan ia telah dibeli. Anwar Ibrahim tidak boleh dibeli. Kalau dia ingin menyertai kerajaan dia telah menerima tawaran Tun Abdul Razak sebaik sahaja dia lulus dari Universiti Malaya.

LKS vs UMNO


Oleh: Lim Kit Siang.

Baru-baru ini politik di Malaysia adalah menjadi semakin kasar dan kesat termasuk di dalam Dewan yang mulia ini di mana fitnah dan dusta disebarkan tanpa conscience and compunction.

Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, dusta dan fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab telah dilontarkan terhadap saya. Menuduh saya sebagai pencetus peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.

Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan, kita tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969. Akan tetapi tiba-tiba sahaja ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan 13 Mei dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai orang yang mencetuskan rusuhan 13 Mei menerusi slogan-slogan paling racist di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201
Hasilnya semua dusta dan kepalsuan bahawa saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 telah disiarkan secara berleluasa di blogblog kumpulan Cyber Trooper UMNO.

Pada hakikatnya saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Semasa itu saya bertanding di Bandar Melaka dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei 1969 kerana menunggu keputusan dan hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11 Mei 1969.

Pada hari Isnin seterusnya iaitu 12 Mei, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan, berterima kasih kepada pengundi-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum, berterima kasih kepada pengundi pada malamnya. Kedua-dua acara telah berlangsung secara aman.

Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum serta berterima kasih kepada pengundi-pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13
Mei untuk membantu dalam kempen pilihan raya calon-calon bebas di situ. Ini kerana pada masa itu hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru-hara 13 Mei telah berlaku di Kuala Lumpur.

Menuduh saya sebagai menghasut dan mencetus rusuhan 13 Mei menerusi ungkapan-ungkapan perkauman yang kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah dan dusta belaka yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali.

Sebenarnya dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan dari tahanan ISA pertama saya, serta setelah Parlimen dipulihkan semasa membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen yang keahlian termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing untuk antara lain mengenal pasti punca rusuhan 13 Mei. Saya membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan 13 Mei di masa hadapan dan menghentikan masalah polarisasi kaum di Malaysia.

Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa menjawab membalas penahanan saya di bawah ISA dan saya pasti rekod ini masih disimpan di dalam archive Kementerian Dalam Negeri.

Saya petik,

"My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growingup in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer."

"I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences. I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political, economic, social and cultural development of the country, where no group feels that it is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances."

Ini merupakan kenyataan saya, sayang, love, setia, komitmen, nasionalisme, patriotisme saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini sampai sekarang...

[Tepuk] Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.

Pilihan raya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia. Menguji sama ada kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa. Di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi.

Saya menjemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriotik Malaysia yang berupaya bekerjasama dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya bersama untuk memastikan bahawa PRU-13 ini akan merupakan pilihan raya yang paling bersih, bebas dan adil di sejarah Malaysia ini. Sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik yang biasa.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada memohon maaf oleh kerana kesilapan-kesilapan Barisan Nasional di masa lampau.

Akan tetapi sampai sekarang tidak tahulah apa kesilapan-kesilapan yang beliau minta maaf dan tidak boleh dipertikaikan bahawa beliau semasa 35 bulan sebagai Perdana Menteri ada membuat banyak kesilapan.

Antaranya ialah bahawa kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi utama negara sama ada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebagainya.

Keengganan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menubuhkan satu judicial tribunaluntuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tertinggi termasuk bekas pengarah CCID, Datuk Ramli Yusuff, bekas pengarah CID Kuala Lumpur Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversion of the rule of law, perversion of the court of justice semua tuduhannya sangat serius yang ditujukan kepada Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sampai kepada pemalsuan publication of evidence dalam insiden mata lebam Dato' Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajuddin Ramli dari MAS serta maklumat terkini mengenai kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai-pegawai paling berkuasa di negara ini Peguam Negara serta seorang ketua penjenayah yang mengaitkan juga Timbalan Menteri masa itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.

Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus mengelakkan dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi the chief legal and police officer of the land iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara masa itu merupakan penjenayah, the Chief Legal Officer of the land, the chief Police Officer of the land were criminals of the country, were themselves criminals, merupakan penjenayah?

Hanya baru-baru ini dan Peguam Negara yang sama masih berada di jawatannya dan saya harap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan datang untuk menjawab tuduhan yang begitu serius yang memberi kesan yang tidak baik untuk imej negara ini. Ini yang mustahak kalau kita mahu mengelakkan kesilapan-kesilapan yang lampau kita perlulah memulakan dengan bab yang baru.

Sekian, terima kasih

Ucapan Lim Kit Siang macam dalam Hansad Parlimen pada 22 Mac 2012.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/bukti-kukuh-lim-kit-siang-pencetus.html#ixzz1pznBCnYO
Anak Sungai Derhaka

Video KONGSI

    
 
Pena Kongsi. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.